27 Mei 2015

Roti Keju Brazil


Kredit to : Buku Resepi

bahan-bahan :
2 cawan tepung ubi kayu
3/4 sudu kecil garam (tak sampai 1 sudu kecil)
1 cawan keju cheddar - yg telah diparut
2/3 cawan susu segar (tak perlu diguna semua)
1 biji telur - suhu bilik
3 sudu besar minyak (saya guna butter cair)

cara-cara :
1. Ayak tepung ubi kayu kemudian campurkan dgn keju. Gaul rata & ketepikan.
2. Satukan minyak, garam & telur. Gaul hingga sebati.
3. Tuang campuran telur kedalam tepung. Gaul rata sambil tuang susu sedikit demi sedikit hingga mendapatkan adunan lembut & bersatu cantik.
4. Bulat-bulatkan dough supaya menjadi sebesar bola ping pong & susun diatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar atau disapu minyak. Jarak kan kerana bebola mengembang.
5. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200 darjah celcius selama 20 - 25 minit atau hingga kecoklatan.

** Sedap dimakan ketika suam tetapi roti juga boleh disimpan didalam bekas kedap udara selama 2 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails