22 Januari 2015

Jom amalkan


Solat sunat Taubat


Tips mudah Diet


Waktu Pengambilan ubat


KEK LAPIS AIS KRIM SODA



( SUMBER : ROZZAN )

BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega
120 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh esen ais krim soda
1 camca teh pewarna biru
50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
1 camca teh esen raspberry (optional, mat tak letak pun)
1 camca teh pewarna merah jambu
160 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA

Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
Sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.

Bersihkan Iron Baju





Apabila kerap menggunakan seterika untuk menggosok segala jenis pakaian termasuk langsir, lambat laun tapak seterika pasti akan kelihatan kesan hangus/kehitaman/berkarat. Untuk menghilangkannya dan melancarkan kelicinan semasa menggosok, anda boleh cuba petua-petua berikut:



(1) LILIN
Panaskan seterika pada suhu sederhana (no 2). Bungkus lilin dengan kain sebaiknya kain putih dan gosokkan pada permukaan seterika beberapa kali. Ini akan menghasilkan cairan dari lilin tersebut, lapkan cairan itu dengan kain buruk. Kemudian gosok lagi lilin dan seterika atas kertas putih pula. Lakukan berulang kali hingga cairan kering dan hilang kehitaman itu. Nanti semasa menggosok akan terasa lebih licin.

(2) DAUN PISANG
Panaskan seterika dan tekapkan perlahan-lahan ke atas daun pisang dan gosokkan daun pisang itu. Lakukan berulang kali hingga kehitaman itu hilang. Hasilnya, bukan saja permukaan seterika menjadi licin, malah kain yang diseterika akan kemas dan tidak perlu diseterika banyak kali.

(3) SODA BICARBONATE
Panaskan seterika. Lembapkan tuala kecil dengan semburan air. Kemudian taburkan soda atas tuala tadi dan gosokkan tuala itu pada permukaan seterika berulang kali hingga hilang kehitamannya. Kesan kehitaman itu akan melekat pada tuala. Akhir sekali, lapkan sisa soda hingga bersih.

(4) GARAM HALUS
Bungkuskan garam halus dalam kain dan ikat (buat macam sup bunjut). Kemudian gosok pada permukaan seterika yang sedang panas berulang kali hingga kehitaman itu hilang. Cara membungkuskan garam ini adalah untuk mengelakkan permukaan seterika daripada tercalar. Jika tidak mahu bungkus, boleh juga seterika atas sehelai kertas yang ditabur garam halus.

(5) KERTAS PASIR
Panaskan seterika lalu gosokkan pada kertas pasir halus berulang kali hingga hilang kehitaman itu. Gosok berhati-hati supaya tidak calarkan permukaan seterika. Cara ini lebih sesuai pada seterika lama atau yang memang sudah ada kesan calar.

(6) PENYAPU LIDI
Panaskan seterika lalu gosokkan pada penyapu lidi berulang kali hingga hilang kehitaman itu. Penyapu lidi boleh menanggalkan kerak yang degil.

Selamat Mencuba

Doa Rawatan untuk Demam Panas


PETUA HILANGKAN KARAT PADA KUALI DAN PERIUK




1. Cuka dan Garam
Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

2. Sos Tomato
Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. InsyaAllah berhsil.

3. Kulit Kentang
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

4. Asam Jawa
Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.
Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

5. Pencuci Pinggan
Caranya, sebelum memasak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

6. Baking Soda dan Air
Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda campur sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.

Selamat mencuba dan semoga berhasil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails