13 Mei 2015

SIAKAP STIM ASAM BOI


Bahan-bahan:-
S'ekor ikan siakap bsaiz sderhana (dcuci dgn air asam jawa utk mhilangkn bau)
1 ulas bawang besar ( didadu )
2 ulas bawang putih ( dketuk )
2 btang serai ( dketuk )
5 cili padi ( dhiris bulat )
1 limau kasturi (ambil jusnye)
1 tomato ( dbelah 6 )
5 biji asam boi (drendam dgn sdikit air suam)
11/2 sudu mkn sos tiram
1 sudu teh lada itam
1/2 kiub ayam knorr
5 helai daun limau purut
Sdikit halia (dmayang )
Sdikit brokoli
Sdikit ajinamoto (abaikn jika xperlu)
Cara-caranya:-
~ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkn limau kasturi, lada itam, kuib ayam knorr dan ajinamoto...gaul... sebatikan rasa...klu kurang masin tambah cikit sos tiram....tuangkan di atas ikan yg telah dmasukan dlm loyang atau bekas yg sesuai utk mgukus...sudukn sos tadi ke dlm perut ikan dan kepala ikan...
~serai dmasukan dlm perut ikan, taburkan bahan hirisan (sparuh dulu) seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili, daun limau purut dan tomato...panaskn pgukus....kukus slama 20 minit....bukak pnutup pgukus, masukan brokoli dan lebihan bahan hirisan tadi.... kukus lagi selama 5 minit (klu perlu...boleh curi2 rasa samada cukup masin, masam ke tidak...klu tidak, bolehlah tmbah pe yg perlu.... ) ok siap...bolehlh dihidangkn..

Ubat Marah


Baking Brownies Cake Chewy Goory ..


 hasilnya sangat superb sedap
Serius ni resepi paling sedap mir pernah makan n buat hihihi..
Bahan2
300g butter /mentega
300g chocolate masakan
6 biji telor ayam - pukul sedikit
80g serbuk koko
350g gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung gandum- ayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yg telah di panggang 10minit dan dicincang
Caranya :
Cairkan butter.. pastu masukkan serbuk koko.. guna whisk je senang.. x yah guna mesin pemukul ya.. kacau sebati.. tutup api.. masuk dalam mangkuk.. campur kan ngan gula perang.. kacau rata..
Masukkan telor sikit2.. kacau rata....tepung gandum..masukkan esen vanilla.. kacau rata..
Bekas yg lain.. cairkan coklat masakkan dgn cara double boil.. pastu curah kat adunan tadi..
Masukkan kacang yg dipanggang .. kaup balik sampai rata.. terus masuk loyang yg telah di griss butter ..kalau rajin buh tepung skit kat loyang tu lepas griss butter.. In sha Allah x melekat
NOTA LUTUT :: Kalau ada budget lebih.. bole tabur chocolate chip di atas adunan tu sebelum korang bakar.. (mir tabur sikit sebab kebetulan ada kat rumah)
Mir guna loyang 10x10 inci..
Bakar suhu 150'c selama 60 minit.. tapi mir bakar 75minit bg garing skit atas dia..bergantung pada oven korang..
Sejukkan sebentar baru hidang.. bole tabur coklat cair kalau nak..tapi coklat kat umah mir dah habis.. mir makan mcm tu je..
NOTA KAKI :: Tip mir utk yg baru belajar :
1-Jangan pukul over sgt ya sebab dia guna tepung sikit je.. nanti kek u ols mendap kat tengah..
2 - bole taruk serbuk kopi skit..dalam adunan tu tapi umah mir takde kopi..
3- kalau korang lagi kaya.. bole makan ngan aiskrim.. terus ke Pintu Syurga..!!!!

BUBUR SAGU MANJA


BAHAN-BAHAN:
150gm biji sagu
480ml air | untuk rendaman sagu
250ml santan pekat
200ml santan cair
100gm gula pasir
1sm halia | dihiris halus
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:
1. Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.
2. Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. Kacau sehingga berubah menjadi jernih.
3. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.
4. Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
5. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.
6. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.
Sumber : Rasa/karangkraf
Jika Anda Suka ?? Sila Komen "SHARE"
Ingin Menu yang lazat ada 1001 menu !!!
Sila follow and like page dibawah:
https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah

BROWNIES


Sumber:Resepi Biskut & Kek Chef Hanieliza

Bahan A:
1 cawan susu cair -->saya guna susu segar
1 cawan mentega cair -->saya guna corn oil
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (290g)

Bahan B:(Kacau Rata)
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:(Diayak)
2 cawan tepung gandum (240g)
1 cawan serbuk koko (85g)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
150g badam kisar (dipanggang)

Bahan D:(Krim Coklat)
250g coklat masakan
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan krim putar

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175'C selama 10 minit.
2.Kacau semua bahan A supaya sebati.
3.Masukkan bahan B.Kacau rata.
4.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5.Lapikkan kertas dalam Loyang 10x10 inci.
6.Bakar selama 45 sehingga 50 minit.(saya bakar pd suhu 170'C selama 25 minit)
7.Sejukkan brownies dan salutkan dengan bahan D.

Krim Coklat
1.Panaskan coklat di dalam periuk ataupun bekas secara double boil.
2.Apabila coklat sudah cair,tutup api dan campurkan marjerin.Kacau sebati.
3.Masukkan krim putar dan kacau lagi.
4.Salutkan pada kek/brownies dan hias mengikut kesukaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails