Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

13 Mei 2015

BROWNIES


Sumber:Resepi Biskut & Kek Chef Hanieliza

Bahan A:
1 cawan susu cair -->saya guna susu segar
1 cawan mentega cair -->saya guna corn oil
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (290g)

Bahan B:(Kacau Rata)
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:(Diayak)
2 cawan tepung gandum (240g)
1 cawan serbuk koko (85g)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
150g badam kisar (dipanggang)

Bahan D:(Krim Coklat)
250g coklat masakan
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan krim putar

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175'C selama 10 minit.
2.Kacau semua bahan A supaya sebati.
3.Masukkan bahan B.Kacau rata.
4.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5.Lapikkan kertas dalam Loyang 10x10 inci.
6.Bakar selama 45 sehingga 50 minit.(saya bakar pd suhu 170'C selama 25 minit)
7.Sejukkan brownies dan salutkan dengan bahan D.

Krim Coklat
1.Panaskan coklat di dalam periuk ataupun bekas secara double boil.
2.Apabila coklat sudah cair,tutup api dan campurkan marjerin.Kacau sebati.
3.Masukkan krim putar dan kacau lagi.
4.Salutkan pada kek/brownies dan hias mengikut kesukaan.

03 April 2015

RESEPI YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE


Kredit to: KongsiKongsi Resepi

RESEPI YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-bahan :

Bahan-bahan (untuk 1/2 adunan dari resepi asal):
Saiz loyang : 7 inci

2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air panas
1/2 cawan butter
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan yogurt
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Ketepikan

Bancuh serbuk coklat dengan air panas. Ketepikan.

Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.

Masukkan juga beberapa titis esen vanilla.

Masukkan adunan tepung di selang-selikan dengan yogurt. Kacau sebati.

Masukkan bancuhan coklat dan kacau rata.

Bakar pada suhu 170 darjah celsius kira-kira 45 minit. Atau sehingga masak. (saya kukus 1 jam)

22 Januari 2015

KEK LAPIS AIS KRIM SODA



( SUMBER : ROZZAN )

BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega
120 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh esen ais krim soda
1 camca teh pewarna biru
50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
1 camca teh esen raspberry (optional, mat tak letak pun)
1 camca teh pewarna merah jambu
160 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA

Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
Sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.

08 Januari 2015

Pandan Strawbery Chiffon Cake

Oleh Resepi Sheila Rusly

BAHAN BAHAN
(18cm)


Bahan A (diayak)

115g tepung kek
3/4 sudu kecil baking soda

Bahan B

3 biji kuning telur
55g gula
secubit garam

Bahan C

65ml minyak sayuran / minyak jagung
85ml susu segar

Bahan D

3 biji putih telur
55g gula
1 sudu kecil jus lemon / cream of tartar

Bahan E

1/2 sudu kecil pewarna merah/pink
1 sudu kecil perasa strawberry
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perasa pandan

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c

2. Putarkan bahan B sehingga kembang dah pucat. Kemudian masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati.

3. Masukkan susu segar dan putarkan sebati.

4. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kaup balik sehingga sebati.Kaup balik jgn terlalu lama. Jangan OVERMIX adunan tersebut. Resepi Sheila Rusly

5. Putarkan bahan C sehingga kental. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan (4) tadi. KAup balik sehingga sebati. Kemudian, masukkan adunan ini kedalam lebihan adunan putih telur tadi. Kaup balik lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

6. Bahagian pertama, masukkan pewarna hijau dan perasa pandan. Kaup balik sebati. Bahagian kedua masukkan perasa strawberry dan pewarna merah. Kaup balik sebati.

7. Didalam loyang chiffon, masukkan separuh adunan hijau dan ratakan. Masukkan pula adunan merah. Ratakan. Ulang dengan kaedah yg sama untuk lebihan adunan.

8. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga kek masak (kalau cucuk lidi, lidi keluar bersih). Sejukkan diatas redai (dengan keadaan loyang diterbalikkan) sehingga sejuk. Barulah boleh dipotong.

Resepi Snow CheeseCake

oleh kelas bakeri




Bahan-bahan :


6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Cream :

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Topping :
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara - Cara Membuat :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Jom share resepi ini

07 Januari 2015

RESEPI KEK COKLAT MILO MELELEH KUKUS

oleh kelas Bakeri





Bahan-bahan :

2 cawan tepung blue key (guna tepung serbuk penaik )
1 cawan gula - guna gula perang
1 cawan susu pekat manis - kurangkan
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya :

1.Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar Kacau dengan sudip besar
3.kacau tangan je...jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi
4.Bila semua bahan-bahan dah sebati dalam 5 minit je kacaunye
5.lepas tu boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek
6.Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung Kukus selama 40 minit Mas kukus 1 jam dah siap

kalo nak letak topping lagi best....

NOTA : bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air panas.

16 Februari 2011

Hasil kerja tangan kuuu....

Aku mmg minat sgt nk wt kek.Pantang tgk resepi tu cm sedap jer,mst nk cube..dulu sebelum kawin aku cume de pengukus jer.kek yg pertama skali aku wt adalah kek coklat kukus tp hampeh byk kali gak la mencube tp kebanyakan nyer mst x jd.kek nyer x nk naik.keras lak tu,nk mkn pn jd x berselara,last2 tong sampah la tmpt nya..sejak tu da mls nk wt.. Masa kawin ari tu lak kwn2 aku kt MOY bg aku Oven...cm thu2 jer aku mmg teringin nk beli oven kan..da save duit aku..heee Bile de Oven baru ni jd bersemangat nk wt kek semula.. ni la kek yg boleh dikire menjadi..tu pn aku wt dgn akak-akak ipar aku..
Lps wt kek ni berkobar-kobar nk wt kek lain lak..tergugat dgn gambar yg di post kan oleh rakan-rakan di (FB) kali ni aku wt kek karamel lak..sedap gak kek ni..kejap je habis di makan oleh en.suami..
sempena besday aku & 1st anniversary ..kali ni wt kek coklat+kek strawbery (fresh cream) lak..saje nk tgk aku kretif x bermain dgn cream..ternyata tidak la mendukacitekan walau x berapa lawa..hahahahaa...al-maklum lah baru fist time wat...
Payah tul nk bg kek ni licin,da la kt umah aku ni x de air-cond.cream ni lak cpt jer nk cair..kejap2 kena msk dlm peti ais..lengkali aku nk try wt butter cream lak..kite tgk makin kreatif x aku ni..heeee...lps ni sesape nk order boleh la...hahahaha...berangan lak..tp klo de pe slh nyer kan..heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails