30 Oktober 2013

BEKAS PENYIMPANAN SUSU YANG SESUAI

- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

- Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel:
- Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
- Kuantiti susu yang diperah
- Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails