30 Oktober 2013

Apa yang dimaksudkan dengan kelahiran songsang?

- kepala bayi yang berusia 8 bulan ke atas masih berada di atas perut ibu dan punggung bayi menghala ke arah tulang pinggul ibu (dikenali sebagai posisi breech).
- Pada usia ini, kepala bayi sepatutnya telah berada dalam kedudukan cephalic, iaitu kepala bayi menghala ke arah ruang pinggul ibu
- Bahagian kepala bayi yang lebih besar daripada daripada anggota lain memudahkan kelahiran bayi
- Faktor yang mendorong kedudukan bayi adalah usia ibu yang agak lewat, bayi pramatang, uri di bawah (placenta previa) , kandungan kembar, berlebihan air ketuban dll
- Cara ni adalah bagi ibu yang hamil seorang bayi sahaja dan tidak digalakkan untuk ibu yang hamil bayi kembar
- Cara ni juga baik untuk ibu yang tidak mengalami komplikasi lain seperti masalah air ketuban.
- Apakah cara anda apabila mengetahui kandungan anda yang sudah berusia 32minggu ke atas berada dalam kedudukan songsang?
- Mungkin kita berfikir jalan satu-satunya untuk melahirkan bayi adalah melalui pembedahan caesarean.
- Dan, lupakan saja hasrat untuk bersalin normal.Atau anda mungkin terfikir untuk berurut. Berjumpa dengan bidan kampung untuk mengalihkan kedudukan bayi ke arah posisi normal iaitu cephalic.
- Tapi tahukah anda mengurut untuk mengalihkan kedudukan bayi mempunyai risiko tinggi.
- Placenta(membekalkan oksigen dan makanan buat bayi) berisiko pecah dan kecacatan bayi mungkin terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails