10 Jun 2015

Himpunan resepi 2



credit to: Kelab Ibu Ohsem





Ayam Panggang
----------------------

Bahan-Bahan
- 2 bahagian peha ayam / setengah ekor ayam

Bahan perapan
-2 sudu makan sos tiram
-2 sudu makan madu
-1 sudu makan kicap
-1 sudu makan sos cili
-sedikit garam
-4 ulas bawang merah [ didadu ]
-3 ulas bawang putih [ didadu ]
-1 sudu teh jintan manis [ditumbuk ]
-1 sudu teh lada hitam [ditumbuk ]
-2 sudu teh cili flakes
-1 sudu teh mix herbs
-1 batang serai [ hiris nipis-nipis ]
-sedikit halia [ hiris nipis-nipis ]

Cara-Cara
1- Bersihkan ayam dan toskan.
2- Campurkan kesemua bahan perapan kedalam dalam bekas besar dan gaul rata.
3- Masukkan ayam kedalam bekas tersebut dan lumur bahan-bahan perapan keseluruh bahagian ayam.
4- Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam dalam peti sejuk. [ Kalau nak best semalaman ]
5- Letak ayam di atas dulang yang telah dialas dengan daun pisang dan bakar dalam oven pada suhu 160c [ ikut oven masing-masing ] selama 1 jam atau sehingga masak. Selepas 30 minit pertama, kelurkan ayam dari oven dan sapu lebihan bahan perapan pada ayam tersebut dan sambung masak [ Untuk 10 minit terakhir naikkan suhu supaya nampak lebih garing ]

t










LikeComment




Roti Jala & Kari Ayam
----------------------------

#Cara Nak Buat Roti Jala

1- Masukkan setengah plastik tepung gandum dalam bekas.

2- Masukkan 1 sudu teh garam.

3- Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit. (Biasanya orang guna pewarna kuning, tapi saya belasah je guna serbuk kunyit LOL)

4- Masukkan air dan gaul semua sekali sehingga sebati (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat).

5- Masukkan dalam blender dan masukkan sebiji telur.
* Anda boleh buat 2 adunan sekiranya tak cukup diblend sekaligus.
* Setiap kali blend masukkan sebiji telur ye.

6. Bila kepekatan adunan dah nampak okay (tak terlalu pekat dan tak terlalu cair), ambik penapis air teh dan tapis adunan tadi.

7. Gunakan acuan roti jala dan bolehlah mula menjala di atas kuali smile emoticon
* Pengalaman saya, guna non stick pan adalah yang paling mudah nak guna. Langsung tak melekat dan masak pun cepat.

8. Dan masak, angkat dan terus gulung.

9. Selesai.

#Cara Nak Buat Kari Ayam

Bahan-Bahan (Untuk Dimakan Bersama Roti Jala):

1- Tumis sekali sehingga naik bau:-

– 1 biji bawang merah & 5 biji bawang putih yang dah ditumbuk sehingga lumat (Saya suka bawang putih lebih)
– Dan 1 bunga lawang & 1 kulit kayu manis (kalau besar sangat pecahkan)

2- Setelah tumisan tadi dah naik bau, masukkan:

– 3/4 cawan kari ayam/daging Adabi yang telah ditambah sedikit air dan jadikan pes
– Masak sehingga pecah minyak

3- Masukkan:

– 4 paha ayam/5 kepak ayam
– Dan 2 biji kentang (yang telah dipotong-potong kecil)
– Masukkan 500ml air
– Sebatikan dan tunggu sehingga menggelegak

4- Masukkan:

– Sedikit air asam jawa (jangan banyak nanti masam)
– 2 lada hijau dipotong 2 (wajib ni tau sebab dia membangkitkan aroma, ewah!)
– Biarkan menggelegak lagi sehingga kuah nampak sedikit pekat

5- Lastly, masukkan:

– 1/2 cawan santan
– Perasakan dengan gula, garam dan secukup rasa
– Sebatikan sehingga masak sempurna

*Voila!

Resepi asal:
http://www.linchalo.com/675/resepi-roti-jala-kari-ayam-yang-wajib-anda-cuba-pasti-nak-lagi/








RESEPI PUDING KARAMEL SUPER YUMMY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan yang diperlukan :

-Telur 7-8 biji
-Susu cair Ideal 1 tin
-3 senduk gula
-3 sudu besar gula dihanguskan dalam loyang dan disejukkan

Cara sediakan :

Gula hangus --

-Masukkan 3 sudu besar guka tadi ke dalam loyang (guna api kecil je) dan kacaukan sehingga cair. Kemudian biarkan dia sejuk.

Puding Karamel --

-Panaskan periuk atas dapur, guna api sederhana je.
-Masukkan susu, kemudian larutkan gula didalam susu.
-Masukkan telur dan sentiasa kacau sehingga semua bahan larut. Matikan api.
-Kemudian, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
-Kukuskan selama 20-30 minit.
-Sejukkan dalam peti ais.
-Siap untuk dimakan!









Resepi Mini Chicken Pizza:
3/4 cawan tepung

3/4 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil serbuk bawang putih

3/4 cawan susu segar

1 biji telur, pukul sedikit

1 cawan mozarella cheese yang telah disagat

** 1/2 cawan mini pepperoni
** 1 cawan sosej yang telah dihiris halus
** 1/2 cawan pizza sos

Cara Membuat:

1. Panaskan oven kepada 175 Celcius
2. Griskan muffin pan.
3. Dalam satu mangkuk, campurkan tepung, serbuk bawang putih, dan baking powder.
4. Masukkan susu dan telur yang telah di pukul sedikit tadi.
5. Masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau.
6. Biarkan selama 10 minit.
7. Kacau lagi campuran tersebut dan masukkan ke dalam muffin cup. Untuk muffin cup bersaiz sederhana, dapat la dalam 12 cup.
8.Bakar sehingga keemasan iaitu lebih kurang 15-20 minit.
9. Sementara itu, panaskan sos pizza (sekiranya anda gunakan ni) dalam microwave. Cicahkan mini Pizza yang dah siap tadi ke sos pizza ni.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2015/02/mini-chicken-pizza-mudah-untuk-minum-petang.html








Resepi Bun:

Bahan-bahan:

3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Daun pandan
1 paket yis mauripan (masukkan dalam sedikit air suam)

Cara Membuat:
1. Ramaskan daun pandan, telur, gula dan garam sehingga gula hancur. Keluarkan daun pandan
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit diselangkan dengan susu cair.
3. Masukkan marjerin.
4. Gaul sampai rata dan last sekali masukkan yis.
5. Agak-agak dah tak melekat ditangan, biarkan dough naik.Letak kat luar, tapi bertutup.
6. Bila dah naik tinggi, uli sekali lagi, dan jadikan dough kecil-kecil.
7. Sapukan tempat bakar bun dengan marjerin.
Letakkan dough kecik tadi serapat yang boleh.
8. Biarkan sekejap bagi dia naik lagi
9. Bakar pada suhu 170 celcius selama 30-45 minit.
10. Periksa sama ada dah masak ke belum dengan cucuk pencungkil gigi di tengah bun. Kalau masih ada dough yang melekat pada pencungkil gigi, teruskan memasak.
11. Bila dah siap, keluarkan dan sapukan marjerin/ butter. Tabur gula/cheese jika suka.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2015/05/resepi-bun-mudah-dan-sedap-untuk-minum-petang.html










Resipi aiskrim mangga yang sgt sedap

1. Buah mangga yang dah masak

2. 1 cawan susu segar

3. 2 cawan heavy cream

4. 2/3 cawan gula (tapi Syu guna sedikit sahaja sebab mangga dah manis)

cara2nya:

1. Mula-mula, Syu masukkan susu, heavy cream, dan gula ke dalam periuk.

3. Potong buah mangga dan masukkan ke dalam blender. Tinggalkan sedikit untuk dipotong dadu dan di masukkan ke dalam bancuhan ais krim nanti.

4. Masukkan bancuhan susu yang dipanaskan tadi ke dalam blender bersama-sama mangga. Blend sehingga hancur.

5. Masukkan bancuhan ke dalam acuan ais krim dan masukkan juga buah mangga yang di potong dadu tadi.

6. Simpan dalam peti ais hingga keras.

Baca tentang resipi lebih lanjut di:

http://ummuzuhayr.com/resipi-ais-krim-mangga-yang-sangat-sedap-senang-je/








Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bubur sumsum adalah:



1. Tepung Beras

2. Santan pekat

3. Daun pandan

4. Sedikit garam

5. Gula Melaka

Cara buat bubur sumsum pun mudah sangat. Tak payah pening-pening kepala…hehe…

a. Cairkan sebuku gula melaka dengan 2 cawan air (Kalau tak nak manis sangat, boleh tambahkan airnya). Bila dah masak boleh tapis dan letak dalam bekas bertutup.

b. Campur tepung beras, santan pekat, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

c. Masak bahan-bahan ini sehingga mendidih dan pekat berkilat.

d. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais supaya sejuk.

baca lebih lanjut di:http://ummuzuhayr.com/resipi-bubur-sumsum-yang-sedap-dan-mudah/










muffin omelette

Bahan-bahan:

1. Telur (dipukul dengan sedikit garam)

2. Daging/ayam cincang

3. Capsicum

4. Lada hitam

5. Bawang putih dan bawang merah

Cara-cara:

– Panaskan oven 180°C.

– Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan juga ayam/daging cincang. Masak hingga ayam/daging empuk. Kemudian, masukkan capsicum dan kacau sebentar. Jangan sampai capsicum lembik ye. Tutup api.

– Sapu loyang muffin dengan mentega/minyak. Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kemudian masukkan telur yang dah dipukul sehingga penuh tray tersebut.

– Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit atau sehingga telur jadi keras macam omelette.

ada 4 lagi resipi yang boleh dicuba. Tengok resipi di sini:

http://ummuzuhayr.com/4-resipi-mudah-menggunakan-muffin-tray/










Bahan-bahan Kek

3 Cups Carrot (disagat)

2 Cups Tepung

1 Cup Gula

1 Cup Gula Perang

2 teaspoon Baking Soda

1 teaspoon Baking Powder

1/2 teaspoon Garam

1 teaspoon Ground Cinnamon

4 biji Telur

1 1/2 Cup Minyak (Syu pakai minyak masak biasa je)

1 1/2 teaspoon Vanilla Essence

1 tin (250 g) Nenas (kalau terlebih tak pe, kalau terkurang sikit pun tak pe)

3/4 Cup Kacang Peacan/Walnut (potong kecil-kecil)

3/4 Cup Kismis (Syu tak letak sebab Syu tak suka Kismis dalam kek…hehehe)



Cara-Caranya

1. Sagat Carrot sampai cukup 3 Cup (Syu guna lebih kurang 7 bijij Carrot yang sederhana panjang)

2. Potong kacang peacan/walnut dan juga kismis (kalau letak kismis la) kecil-kecil tapi jangan sampai hancur pulak tau.

3. Potong nenas dalam tin jugak.

4. Ayak tepung, baking powder, dan baking soda. Masukkan dalam bekas yang agak besar sebab nanti nak gaulkan semua bahan-bahan yang lain.

5. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam bekas yang ada tepung tadi. Kacau rata.

6. Masukkan semua bahan-bahan yang dah dipotong tadi.

7. Masukkan minyak.

8. Gaul rata dan masukkan dalam baking tin. Bakin tin tu pastikan dah sapu dengan butter/minyak ye. Nanti melekat pulak kan.

9. Bakar dalam oven selama 40 minit (175 Degree Celcius) ataupun sampai kek tu perang kekuningan. Syu biasa cucuk kat bahagian tengah kek tu, kalau takde yang melekat maknanya dah cukup masak la…



Bahan-bahan Cheese Frosting

1 1/2 Cup Icing Sugar

1 kotak (250g) Philadelphia Cheese

1/2 Cup Salted Butter

1 teaspoon Vanilla Essence



Cara-caranya

1. Pukul cheese dan butter sampai kembang. Lepas tu, masukkan gula dan vanilla essence.

2. Letak cheese frosting nie atas kek carrot yang dah siap tadi.

**Kalau kek tu tebal, boleh belah tengah-tengah dan letak cheece frosting nie di tengah-tengah kek juga. Dapat la layer kat tengah.

resipi asal di:

http://ummuzuhayr.com/resipi-carrot-cake-yang-sangat-sedap/









JEMPUT-JEMPUT KURMA SPECIAL
---------------------------------------------

Bahan-bahannya :

1) Tepung gandum (ikut banyak mana nak buat)

2) Kurma (buang biji, ikut banyak mana nak letak, lagi banyak lagi sedap)

3) Gula (sesedap rasa)

4) Garam (secubit )

5) Air Masak

Cara nak buat :

1) Gaulkan tepung dengan kurma dan air, secukup rasa.

2) Masukkan garam sedikit dan gula — secukup rasa. Sebab kurma tu pun dah manis tau…

3) Panaskan minyak, goreng dan sedia untuk dihidang!

Sambil masak tu jangan lupa zikir dan selawat banyak-banyak.. Masak dengan hati, masak dengan kasih sayang…

Selamat Mencuba !

Resepi asal : http://ummuayyash.com/564/resepi-jemput-jemput-kurma-special/









-- Resepi Mee Hailam (2 Orang makan) --

Bahan-Bahan:

Segenggam spegeti di rebus, letakkan sedikit minyak zaitun dan garam
Sepiring isi ayam kampung
5 ulas bawang merah (hiris)
7 ulas bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Carrot yang dihiris panjang
Bunga kobis
Sawi
Tomato
Pucuk Jagung
Sedikit lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam 2 sudu besar air tapis
2 cawan air tapis
Sedikit garam
Daun sup, bawang goreng dan telur sebagai tambahan jika suka
*Basuh semua sayur dengan air garam ye

Cara Memasak:

Panaskan 2 sudu minyak zaitun
Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, masukkan pula halia.
Masukkan ayam kampung yang telah diambil isinya (Zarith ambil tulang sekali nak bagi sedap air rebusan untuk kuah)
Masak sehingga ayam kekuningan.
Masukkan air tapis. Tunggu mendidih.
Masukkan lada hitam, tepung jagung dan sedikit garam
Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur-sayuran keras. Bila dah lembut masukkan tomato dan sawi.
Tutup api, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2015/05/resepi-mee-hailam-ayam-kampung-yang-sihat-dan-lazat.html









Hi mommies

Kalau suka makan bubur mcD, cuba anda buat sendiri untuk berbuka@bersahur nanti.

Bahan-bahannya:

- 2 cawan beras
- sedikit dada ayam
- satu inci halia
- garam / kiub ayam ( kalau nak )
- sedikit minyak bijan
- daun bawang
- bawang goreng
- cili

Cara-caranya:

- rebus ayam bersama halia
- asingkan ayam dari air rebusan
- basuh beras
- masak beras bersama air rebusan ayam tadi. tambah air jika perlu
- masak sampai jadi bubur
- masukkan garam / kiub ayam
- titiskan sedikit minyak bijan
- ayam yang telah direbus tadi, boleh dicarik-carik atau dipotong
hiaskan bubur bersama ayam yang dicarik, bawang goreng dan daun bawang

Selamat mencuba
---
The more you share, the more you get
LIKE FB page: Ummi's Favorites
website: www.RosAhmad.com
link asal:
http://rosahmad.com/resepi-bubur-ayam-mcd/









-- Resepi Bubur Lambuk Istimewa --

Bahan-bahan:
1. Pelbagai jenis kacang (kacang hijau, kacang dhal, kacang tanah di rendam semalaman)
2. Jagung (kalau ada)
3. 1 ulas bawang besar
4. 3 ulas bawang putih
5. Sedikit halia
6. Sedikit udang kering Sabah
7. 1 sudu besar ikan bilis yang di blend menjadi serbuk
8. 1 sudu besar rempah sup Adabi
9. 1 sudu besar rempah kurma Adabi
10.1 biji kentang dipotong dadu.
11. Garam secukup rasa
12. 3 sudu minyak zaitun untuk menumis
13. Sedikit santan segar
14. Air yang telah ditapis
15. Beras 1 cawan
16. Lada hitam (Zarith tak pakai)
17. Lada sulah (Zarith tak pakai)
18. Daun sup
19. Bawang goreng (Zarith goreng sendiri. Hiris 20. 3 ulas bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai kekuningan)

Cara memasak:

1. Kisarkan bawang putih, bawang besar, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak. Tumiskan sampai wangi.
3. Kecilkan api. Masukkan rempah sup dan kurma yang telah dicairkan dengan sedikit air.
4. Kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan air yang telah ditapis dan juga beras.
6. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan kentang. Masukkan juga kekacang.
7. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
8. Tambah air sehingga nampak beras semakin hancur dan lembut.
9. Perasakan dengan sedikit garam bukit (kalau pakai lada sulah dan lada hitam boleh letak waktu ni)
10. Keringkan ikut kepekatan yang disukai.
11. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan lada merah.
12. Tada~ Siap!

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2015/05/resepi-bubur-lambuk-istimewa-untuk-anak-dan-ibu.html
















--- Ayam Goreng Berempah ---

Bahan-Bahan:
- 2 kg ayam
- 5 batang serai*
- 9 ulas bawang merah*
- 9 ulas bawang putih*
- Kunyit sebesar ibu jari*
- 2 sudu besar ketumbar*
- 2 sudu besar serbuk jintan putih
- Sedikit daun kari
- 1 ulas bawang besar di hiris membulat
- 2-3 sudu kecil garam (ikut tahap kemasinan anda)

Cara Memasak:
- Bersihkan ayam. Kalau boleh buang semua kulit. Tapi kalau pakai ayam kampung atau organik lebih bagus.
- Kisar semua bahan bertanda * jangan terlalu hancur
- Gaulkan dengan ayam
- Tambahkan serbuk jintan manis, garam.
- Gaulkan sekata
- Perapkan selama 10-15 minit.
- Goreng dengan minyak yang banyak. (jangan pakai minyak yang dah digunakan lebih dari 3 kali walaupun minyak nampak bersih lagi)
- Bila dah nak angkat tu, masukkan daun kari dan bawang potong bulat ke dalam kuali.
- Tada~~ Siap!

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2015/05/resepi-ayam-goreng-berempah-istimewa.html







Telur Bistik
---------------

BAHAN-BAHAN

- 1/3 cawan daging cincang
- 1 biji bawang besar, didadu
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1/2 inci halia, cincang halus
- 5 biji cili padi, cincang halus
- 1/4 cawan mix vege
- 1 camca besar sos tiram
- 1 camca besar sos tomato
- 1 1/2 camca besar sos cili
- 1/2 kiub pati daging lembu
- Sedikit air
- Sedikit sos ikan
- Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
- 3 telur, dipukul sedikit
- 1 camca besar mayonnaise
- Sedikit serbuk lada hitam

CARA-CARA

Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap.

Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.

Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.

Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan.

Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi.

Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Selamat mencuba!
Resepi asal: http://bit.ly/ResepiSyapex
















Sotong Goreng Tepung
-------------------------------

Bahan-bahan

-300 gm sotong
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 biji telur
-sedikit garam
-lada sulah

Cara-Cara

Potong sotong kecil-kecil, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.

Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.

Gaul tepung dengan baking powder. Masukkan sotong yang telah digaul degan telur dalam tepung, salutkan habis sotong degan tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.

Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Selamat mencuba!
Resepi asal: http://bit.ly/ResepiSyapex













Agar-Agar Koko Bintik Horlicks
-----------------------------------------
Saiz: 8" persegi

Bahan-Bahan

-13g Serbuk Agar-Agar
-220g Gula
-1.1 liter Air
-400g Susu Ideal
-3 sb Serbuk Koko
-2 sb Susu Pekat
-4 sb (bersamaan 1/4 cwn) Horlicks

Cara-Cara

- Didhkan serbuk agar2 & air sehingga larut.
- Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu Ideal & masak sehingga mendidih.
- Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama banyak.
- Masukkan koko & susu pekat ke dlm satu bahagian. Masukkan horlicks kedlm bahagian satu lagi.
- Tuangkan adunan horlic ks ke dlm bekas 8" persegi & biarkan beku.
- Potong sebesar 1c m kiub dgn pisau bergerigi.
- Sambil sediakan bahagian horlicks, jgn lupa kacau senantiasa bahagian koko supaya tidak membeku.
- Tuangkan bahagian koko ke dlm 8" persegi.
- Taburkan ketulan2 horlic ks tadi (ia tidak akan terus tenggelam sbb adunan koko sudah suam).
- Biarkan agar2 sejuk sepenuhnya sebelum di masukkan ke dlm petisejuk. Hidangkan sejuk & di potong2.

Selamat mencuba!
Resepi asal: http://bit.ly/ResepiSyapex






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails