10 Jun 2015












credit to : Tahrunnisah Jali

Kuih Koci pulut hitam bersantan lemak berkrim ....versi moden idea dr bloggerhttp://zalinzalina.blogspot.com/…/siaran-ulangan-tutorial-k…..

resepinya
2 cawan tpg pulut
2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
sedikit garam
1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)

caranya
tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras n tak lembek sangat..mcm nak buat onde2 tu ..tutup sekejap dgn kain elakkan keras

(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat

(kuah santan pekat)

2 sudu besar tpg beras
2cawan santan pekat
sedikit garam

campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan

caranya
masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni

ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh

air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...

masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras (lihat gambar)

guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..

kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails