03 April 2015

Minuman Ajaib



Kredit to : ParidahBeautyOfficial

MINUMAN AJAIB

Minuman kesihatan ini telah lama disebarkan kira-kira 10 tahun yang lepas. Mr Seto seorang selebriti telah minum jus ini dan telah menyembuhkan beliau dari penyakit barah paru-paru. Seorang pakar herba cina telah memberikan petua ini kepadanya. Setelah 3 bulan minum jus ini beliau telah sembuh dari penyakitnya.

Anda hanya perlukan 1 karot, 1 ubi bit & 1 epal. Jangan kupas kulit. Buat jus sekali dengan kulitnya. Terus minum selepas jus siap untuk mendapat khasiat kesihatan yang terbaik.

Jus ini sangat berkhasiat dan senang diserap dan digunakan untuk kesihatan badan anda. Sangat berkesan jika anda ingin mengurangkan berat badan. Anda akan perasan sistem imun anda bertambah baik dalam 2 minggu. Pastikan minum sebaik saja jus siap untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Waktu & Cara Minum:

Minum di waktu pagi ketika perut kosong, sebelum makan apa-apa. 1 jam selepas tu barulah boleh makan. Untuk kesan yang lebih cepat minum 2 kali sehari, 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu petang ketika perut kosong, hanya makan sejam selepas minum jus ini.

Di antara khasiat untuk kesihatan ialah:

- Menghalang pertumbuhan sel kanser.

- Mengelakkan penyakit hati, pankreas dan buah pinggang. Boleh menyembuhkan ulser juga.

-Menguatkan paru-paru, mengelakkan serangan jantung dan tekanan darah tinggi.

- Menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan) badan kita.

- Bagus untuk penglihatan, menghilangkan mata yang merah, penat dan kekeringan mata.

- Membantu menghilangkan sakit akibat latihan fizikal dan kesakitan otot.

- Untuk detox, memudahkan buang air dan mengelakkan sembelit. Seterusnya ia akan menyihatkan kulit & nampak lebih ceria. Juga membantu menghilangkan jerawat.

- Mengurangkan bau nafas akibat dari masalah penghadhaman dan jangkitan kerongkong.

- Mengurangkan sakit senggugut.

- Mengelakkan dari terkena serangan penyakit alahan yang mewujudkan gatal pada mata dan hidung bagi pengidap penyakit (hay fever) ini.

Amalkan minum jus ini untuk kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails