21 Mei 2015

Bagaimana cara mengajar flashcard pada bayi:



1. Beritahu anak anda bahawa anda akan menunjukkan kepadanya perkataan dalam bahasa Inggeris / melayu atau lain- lain bahasa.

2. Pegang kad imbas depan anak anda (tulisan yang besar mengadap anak, tulisan yang kecil mengadap anda)

3. Baca perkataan tersebut dengan suara yang kuat, jelas dan bersunguh- sungguh. Pastikan jarak kad dan anak ialah sejauh 60cm atau sejarak lengan anda

4. Pastikan tiada gangguan yang lain seperti bunyi bising dari tv / radio dan lain-lain

5. Baca kad seterusnya (bawa kad dari belakang ke hadapan) dan membacakan perkataan dengan kuat serentak.
**tips : Ibu harus mula bacakan perkataan apabila kad itu masih di belakang, dan dalam masa yang sama bawa kad itu ke hadapan dalam masa 1/2 saat.
JANGAN membawa kad itu ke hadapan KEMUDIAN baru baca.

6. Selepas siap semua kad, ulang kembali perkataan yang pertama sebelum sesi ditamatkan.
Contoh 'ayam', 'bola', 'cantik' , 'emak' ulang bali perkataan 'ayam' sebelum sesi tamat.

7. Anda juga digalakkkan membuat cerita pendek menggunakan perkataan terakhir. Contohnya 'ayam ini ada 2 kaki dan mempunyai taji.'

8. Berikan reward/ ganjaran pada anak anda seperti
== berikan pelukan yang melebihi 8 saat
== puji anak cerdik, pandai dan sebagainya
== juga boleh beri anak ibu jari tanda bagus, sentuh ibu jari anak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails