Resepi Masakan BONDA Tersayang
Spaghetti Salmon
Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon
Lada hitam
Maggi Cukup Rasa
Lada Benggala/ Capsicum kuning dan merah (didadu)
3 ulas bawang putih
Olive oil
Spaghetti
Maggi Mushroom Soup
Cara Penyediaan:
Tumiskan bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan capsicum dan panggang hingga burnt sikit. Kemudian masukkan 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa. Masukkan spaghetti yang telah direbus 90% masak. Bancuh Maggi Mushroon Soup dengan 1 cawan air. Tuang ke dalam pan. Masak bersama hingga spaghetti benar-benar masak. Sprinkle dengan oregano.
Untuk ikan salmon, goreng guna olive oil sedikit saja. Jangan terlalu lama kerana isi ikan akan jadi kering dan kurang lembut. Masa nak hidang sprinkle hidangan dengan chili flake..memang sedap sebab ada rasa pedas2..
kredit to : resepiharihari.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan-bahannya:-
500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum – dipotong dadu
1 batang carrot – dipotong dadu kecil
2 batang celery – dipotong dadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Cara membuatnya:-
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, tak payah masukkan garam sebab dah masin. Gula cuma perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
kredit to: Open Minda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM
BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikab api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..
kredit to: Dapur Tanpa Sempadan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Spaghetti Meatball
Bahan-bahan (4-5 orang)
Bebola daging
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum
Sos spaghetti
3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Spaghetti 400g
Cara-cara
Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.
Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.
Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, oregano flakes, lada sulah dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.
Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan. Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.
Siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan