17 Jun 2015
7 Menu Sahur Pilihan Ramai Daripada Ikan Bilis. Mudah, Ringkas Dan Membuka Selera
Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. 7 menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.
1. Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)
Bahan-bahannya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak
Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!
Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.
3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang
Bahan-bahan
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan
Bahan Giling 30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya
4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)
BAGI peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.
Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.
Bahan-bahan:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis
Cara-cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.
5. Kerabu Ikan Bilis
Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.
6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.
7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap
Gambar Kredit : www.tilahskitchen.com
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)
Cara-caranya:
1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
Sedia untuk di hidang.
Sedapnya makan ikan bilis goreng dengan nasi panas-panas. Selamat
Karipap Pusing inti chicken mushroom cheese, tomyam cheese dan chicken potato cheese
jazakillahu khairan sis linda Bakers Favourite
Resepi Asal @bakers favourite
Dicuba oleh Tahrunnisah Jali
Resepi Kulit Karipap Pusing
Bahan A
600 gm tepung gandum
50 gm gula
250gm air
1 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tpg jagung
Bahan B
400 gm tepung gandum
250 gm marjerin
Caranya
Campur kan bahan A...
Gaul hingga sebati dan tak melekat di tangan...bg yg ada mixer guna mixer lg senang...
Bulatkan 40g
Bahan B
Gaul sebati sehingga boleh dikepal...jgn terlalu lembut....
Bulatkan 35g
Gelek bahan A...masukkan bahan B di dalam nya dan bulatkan bersama2
Canai kali pertama hingga ketebalan lebih kurang 0.4cm kemudian gulung dan dr arah memanjang canai lg sekali dan gulung lg....
Potong kepada 4 bahagian...canai bentuk bulat dan tekapkan pd acuan karipap...
Inti Potato Cheese
500gm kentang
200 gm isi ayam
4 ulas bawang putih potong dadu
4 biji bawang besar potong dadu
2 sudu lada hitam
garam
daun sup
daun bawang
Mozarella
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Potong dadu (kentang) rebus hingga lembut
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan kentang dan gaul...
Masukkan daun sup dan daun bwg bawang yg di potong halus
Akhir sekali masukkan sos putih...Dan gaul sebati
Inti Mushroom Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
2 sudu lada hitam
1 sudu kecil garam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih di potong dadu
minyak utk menumis
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul sekali inti di atas
Inti Tomyam Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
4 sudu paste tomyam
4 helai daun limau purut
3 sudu cili kisar
1 biji cili benggala dipotong dadu
1 inci halia
sebelah bunga kantan
sedikit perahan air limau nipis
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Sos putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Utk resepi ni jika mahu lebih Pedas, Tumiskan skali 3 sudu makan cili kisar
Tumis bwg putih dan halia...bila dah kuning, masukkan garam, dan cili kisar, tumis hingga naik minyak kendian tomyam paste,bunga kantan dan daun Limau purut yg dipotong halus tumis hingga naik bau kemudian isi ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu dan cili benggala
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api potong Lima nipis...masukkan perahan Limau nipis
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul skali inti di atas
Langgan:
Catatan (Atom)