10 Jun 2015

CHEESE MOUSSE CAKE


Resepi Sheila Rusly



====================

BAHAN LAPISAN CRUST
1 bungkus biskut marie atau biskut oreo
100gm butter ( di cairkan)


LAPISAN UNTUK CHEESE
250gm cream cheese
50gm gula halus
100ml whipping cream
jus lemon
1 biji telur

COKLAT MOUSSE HITAM
200gm coklat masakan hitam
2 biji kuning telur
2 biji putih telur ( dibuat meringue)
60gm gula halus
250gm whipping cream (anchor whip cream)( dipukul kental)
1 1/2 sudu makan gelatin
50ml air

CARANYA
Blend biskut hingga hancur kemudian + dgn butter yg telah dicairkan,sebatikan kemudian tekan dalam loyang spring form, ketepikan.

Pukul cream cheese + gula hingga kembang kemudian whip cream pukul lagi hingga kembang, masukkan sebiji telur pukul hingga kembang.... masukkan jus lemon pukul sebati ,masukkan adunan cheese tadi kedalam loyang biskut..bakar secara double boiling selama 1 jam dgn suhu 180c api bwh shj....dh masak sejukkan....

Rendam gelatin dgn 50ml air. kemudian cairkan dgn cara double boiler..
pukul whipping cream hingga kental.. ketepikan. masak coklat masakan secara double boiler hingga coklat cair + kuning telur yg telah dipukul kacau rata diikuti dgn gelatin tadi..gaul hingga sebati.. angkat..masukkan putih telur yg telah dipukul td kedalam coklat yg masih panas tadi ,kaup balik sahaja....dh sebati masukkan whip cream tadi kaup balik hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang yg berisi cheese td sejukkan didalam peti ais beberapa jam..

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails