27 Mei 2015

TEKNIK MUDAH AJAR ANAK MENDENGAR KATA TANPA PERLU MENJERIT



Dalam proses membesar dan mendidik anak ni banyak ‘seni’ nya. Sebagai parents memang kita tak boleh lari daripada belajar dan terus belajar jadi ibu bapa terbaik untuk anak. Nak jadi ibubapa terbaik ni bukanlah sekadar menyediakan segala keperluan mereka aje. Kasih sayang, perhatian dan masa berkualiti bersama mereka pun sangat penting. Bersyukur saya diberi peluang sementara ni untuk membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Memang senario nya berbeza. Penatnya jauh lagi penat daripada waktu bekerja dulu. Takde dah afternoon naps, no more window shopping, no eating out apatah lagi istilah nak dating berdua dengan encik hasben :D:D

Cuma apa yang saya perasan sejak jadi housewife ni multitasking skills saya sangat impoved, and u will tend to appreciate every second u have. Waktu anak tidur, itulah masa nak settlekan kerja rumah, dobi, masak dan sebagainya (unless kalau sanggup kemas rumah waktu malam). Satu lagi part yang bestnya, u keen to learn a lot pasal anak-anak. Learn because u can put into practice everyday. Itulah yang berlaku pada saya, rasa seronok gali info pasal perkembangan kanak-kanak dan parenting skills. Jadi untuk harini saya nak share sedikit knowledge yang saya baru baca iaitu tentang bagaimana nak latih anak dengar cakap tanpa perlu jadi ‘tarzan’ aka menjerit kepada mereka.

—————–
Tahu tak sebenarnya kanak-kanak ni akan mula develop ‘non-compliance behaviour’ bermula umur 2 tahun keatas (mungkin lebih awal bagi sesetengah kanak-kanak). Non-compliance ni ialah satu sikap di mana kanak-kanak mula bertindak tidak sewajar dengan apa yang sepatutnya. Pada stage ni mereka lebih kerap sebut perkataan ‘no’, claim barang-barang mainan hak milik sendiri (tak boleh share dengan orang lain), memilih soal makan, dan tantrums bila kehendak tak dipenuhi. Mesti ada anak-anak kita yang tingkah laku camni kan?

Sebenarnya tak perlu terlalu kerap menjerit kepada anak-anak yang masih kecil atau create ‘fear’ seperti ugut dengan rotan. Pada umur seperti ini mereka tak faham tentang akibat buruk setiap perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Jadi nstead of jadi lebih restrictive atau terlalu bertegas, apa kata kita gunakan kelembutan, dan teknik psychology yang sesuai supaya sifat non-compliance anak-anak ni tak jadi lebih teruk.

Jom tengok apa tipsnya?



1) Hampiri anak dan talk at eye-level: Bagi sesetengah kanak-kanak mereka ambil masa untuk faham serta lakukan perkara yang diminta ibu bapa. Jadi adalah perkara biasa kalau anak-anak tidak mengendahkan buat pertama kali. As parents kita memang nak kena beritahu anak 3-4 kali benda yang sama. Selain tu, cuba bercakap dalam close proximity dengan anak- anak. Lagipun anak-anak mungkin tak dengar apabila kita menjerit dari tingkat bawah ke atas. Jadi daripada kita sakit tekak nak kena jerit banyak kali, apa kata dekati mereka dan cakap dengan perlahan. Make sure mata mesti sama level dengan mereka. Jangan biarkan anak mendongak memandang ibubapa

2) Beri mereka pilihan : Instead of memaksa anak- anak melakukan sesuatu yang mereka taknak. Apa kata beri mereka pilihan. Contohnya daripada kita bertegas dengan anak “Hannah kena pakai baju sekarang juga!!” apa kata cuba “hannah nak pakai baju dulu or seluar dulu?” (sila guna nama anak masing- masing ya )

3) Guna bahasa yang sesuai dengan umur anak- anak: Elakkan negative terms pada anak yang masih kecil. Gunakan bahasa positif untuk bagitau apa yang mereka patut lakukan. Contohnya kalau anak berlari- lari kat shopping complex dan takut terjatuh beritahu mereka “walk!” instead of “don’t run!”. Bagi 1 arahan pada satu masa dan give them some time untuk proses dan respon dengan apa yang disuruh tadi. Please jangan lontarkan kata- kata kesat dan negatif pada anak. BIG NO.

4) Jelaskan akibat di atas perbuatan anak: Let the child know the consequence (positive or negative) in advance. Contohnya ” makan dulu, then kita boleh main toys” atau ” jangan masuk toys dalam mulut nanti hannah sakit”. Kalau anak buat apa yang disuruh tadi jangan lupa beri pujian pada mereka (e.g “Bagus anak mama dengar cakap”).

5) Jadilah ‘good listener’ pada anak- anak: Kita nak suruh anak dengar cakap, jadi kita perlulah terlebih dahulu dengar apa yang anak cuba cakap. Beri perhatian apabila anak cuba bercakap dan respon kepada mereka . Jangan biarkan anak terpaksa ulang beberapa kali sebab kita tak mengendahkan apa yang diperkatakan.

6) Sentiasa ‘cool’dengan anak: walaupun hakikatnya kadang- kadang boleh bertukar hijau seperti hulk bila anak- anak buat perkara yang tak sepatutnya, tapi sebagai ibubapa kena sentiasa bersikap sabar dan positif. Just ingat one thing senario seperti makanan tumpah atas karpet, tisu sekotak dibuat main semua tu hanyalah berlaku saat mereka kecil belum faham apa- apa. Waktu besar takkan diorang suka2 nak sepahkan tisu satu rumah lagi kan? So hadapilah dengan senyuman ya mama-mama semua. Lagipun tak elok cepat- cepat marah dan jerit pada anak last- last kita jugak yang stress. Satu lagi bayangkan rumah kita ada tetamu atau fikirkan jiran boleh dengar bila kita menjerit, tak ke malu nanti. Jadi elakkan menjerit bila anak-anak buat sesuatu yang tidak menyenangkan.

——-

Cukup 6 tips. lepas ni memang berazam nak minimize kan nada suara tinggi kat anak- anak especially haziq yang super active and sangat cepat tantrum bila kehendak dia nak main kat luar waktu panas tak dilayan oleh mama . Lagipun saya tinggal rumah teres so memang obvious la jiran boleh dengar kalau menjerit. Nak tak nak memang kena slow down the tone.

Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails