30 Oktober 2013

SAKIT PINGGANG KETIKA MENGANDUNG

PUNCA

Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.

Bahu yang tegang atau belakang dan oto-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

LANGKAH PENCEGAHAN

Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang perlahan.

Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.

Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut tersebut akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung. Ini akan mengakibatkan kedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan.

LANGKAH PENYELESAIAN

Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang.

Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.

Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails