04 Julai 2011

WANITA DAN POKOK SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

30 Jun 2011

Apam Pelangi

Apam ni pn boleh tahan sedap gak..first makan terus jatuh hati..dengan lembut nya..waduh, sedap banget..lembutnya cm kek span..apam ni mak cik aku yang perkenalkan..bile balik,pe lg trus gunakan perkhidmatan en.GOOGLE untuk mencari resepinya..
Apam ni menggunakan santan,aku guna je santan kotak.. baru je kuar da kukus 3/4 loyang aku & en.Suami makan..klo da makan cam tu mmg terbukti la kelazatan nyer kan..padan la mak aku cakap "mane la badan x naik,asyik makan jer'..hahahaha

28 Jun 2011

Kursus Induksi Umum Kum. 2 Bil.3/2011 di IKWAS, Kluang, Johor.

3 - 12 Mei 2011
Da lepas sebulan baru nk update..huhu..kursus ni penting bagi penjawat awam untuk sah jawatan..lama mmg lama..dekat 2 minggu gak la kt sane..tp x pe, klo p under INTAN ni boleh bersenang-lenang skit klo nk dibandingkan kursus under PDRM..
Dari IPD Subang Jaya de 4 org yang dpt p kursus induksi kali ni..diri ku ini, aza, mia & k.ida..masing2 bawak 3-4 beg,x cukup bonet sampaikan aku kene dok bersila kt sit belakang tu...ye la bekalan utk 2 minggu tu..
Sampai2, kami terus check-in..bilik nyer bole tahan la ala-ala hotel gitu..de air-cond,bilik air pn ok, de water heater,iron & iron board pn disediakan..cm terase p holiday lak..heee
Mmg best la kt cni siap de bilik dobi lagi..bole la curi2 mase nk basuh baju,balik nti x la byk sgt baju kotor kan..
kawasan kt cni mmg best,byk pokok buah-buahan..ni klo musim buah compom aku bawak tikar picnic kt bawah pokok2 buah ni.
Makanan mmg superbbb la..igt kt cni leh la aku diet skit,rupe nyer lubuk makanan...trus naik lg berat bdn ...makanan kt bwh ni utk sorg mkn tau bkn utk 2-3 org ..
.
kt bawah ni gambar sekitar kursus berlangsung..x byk amik gambar pn..
Sukaneka utk suka-suka..
hujan turun dgn lebat nya mase kami balik tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails