17 Jun 2015

7 Menu Sahur Pilihan Ramai Daripada Ikan Bilis. Mudah, Ringkas Dan Membuka Selera



Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. 7 menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.



1. Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan:


3 biji kentang

1 mangkuk ikan bilis

3 ulas bawang merah, hiris nipis

2 ulas bawang putih, hiris nipis

1 sudu kecil sos tiram

3 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos cili

gula secukup rasa

sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:


Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.

Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.

Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.

Tips:

Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.




2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)



Bahan-bahannya:


Bawang putih 2 ulas

Bawang merah 1 biji

Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)

1 sudu besar gula

Garam (secukup rasa)

Ikan bilis

Kentang 1 biji (dipotong nipis)

Minyak
Cara-caranya:


Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!


Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.




3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang



Bahan-bahan


100 g ikan bilis goreng dan sejukkan

200 g kacang tanah goreng dan sejukkan

sedikit air asam jawa

3 sdb gula garam secukup rasa

Minyak menumis 1/2 cawan

Bahan Giling 30 tangkai cili kering

5 ulas bawang putih

7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus
Cara-caranya


Panaskan minyak dan tumis bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)





BAGI peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.


Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.
Bahan-bahan:


100 gram cili hijau

Sedikit cili padi

1 ulas bawang besar

100 gram terung pipit/petai

Sedikit belacan

1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)

Ikan bilis
Cara-cara:


Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.

Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.

Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.

Angkat dan hidang.
5. Kerabu Ikan Bilis





Bawang besar/merah

Cili api/padi

Daun limau purut

Serai

Semua diatas dihiris halus2

Ikan bilis goreng

Sedikit gula

Air limau kasturi

Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn

Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.




6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai



Bahan bahan:


1 mangkuk ikan bilis

Petai secukupnya

1 mangkuk cili kering – dikisar

3 biji bawang besar

1 labu bawang putih

Sedikit halia – opsyenal

1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)

2-3 sudu besar gula

Garam
Cara cara:


Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.


Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.


Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.


Nota:


Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap





Gambar Kredit : www.tilahskitchen.com
Bahan-bahannya:


1 cawan ikan bilis – di goreng garing

1 labu bawang besar di hiris

1 tangkai cili merah – di hiris

1 tangkai cili hijau – di hiris

10 batang cili api di hiris atau di ketuk

2 sudu besar kicap manis

Secubit garam untuk perasa (jika perlu)
Cara-caranya:


1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.

2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan

bawang hiris sehingga naik bau wangi.

3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.

4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.

5. Tutupkan api.

6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.

Sedia untuk di hidang.


Sedapnya makan ikan bilis goreng dengan nasi panas-panas. Selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails