22 Januari 2015

KEK LAPIS AIS KRIM SODA



( SUMBER : ROZZAN )

BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega
120 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh esen ais krim soda
1 camca teh pewarna biru
50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)
1 camca teh esen raspberry (optional, mat tak letak pun)
1 camca teh pewarna merah jambu
160 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum)

CARA MEMBUATNYA

Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
Sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails