23 April 2013

PETUA UNTUK BAYI





1. LEBATKAN RAMBUT BAYI - Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

2. KULIT BAYI SENTIASA HALUS - Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejuk di seluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

3. MELENTIKKAN BULU MATA BAYI - Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

4. MENCANTIKKAN KULIT JANIN - Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails