30 Januari 2013

Tip Tidurkan Si Manja



Baby comel semua sudah tidur ke? Aduhai...dah puas mama dodoi tapi masih terkebil2 matanya...macam mana nak buat ni...mata mama pulak dah separuh nak tutup dah ni....jangan susah hati ya mama semua...jom kita kongsi bersama tips untuk tidurkan anak-anak ya...semoga dapat memberi manfaat buat semua...kalau mama ada petua atau cara lain mohon juga utk dikongsi bersama ya...


Sebelum itu saya kongsikan sedikit FAKTA ya mengenai keperluan tidur pada bayi:

Bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Keperluan tidur untuk bayi baru lahir hingga usia dua bulan adalah antara 10.5 hingga 18 jam sehari. Sementara bagi bayi usia dua hingga 12 bulan, jumlah tidur yang diperlukan antara 14 hingga 15 jam sehari.

Kebiasaannya baby ketika dalam pantang mempunyai pola tidur yg masih tidak teratur, dan kita perlu menetapkan rutin tidur mereka agar mereka mendapat tidur yg berkualiti di kemudian hari...

1. Tidurkan anak di tempat yang selesa baginya setiap kali waktu tidur. Tindakan ini mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.

2. Ciptakan jadual tidur yang teratur secara rutin. Jika sejak kecil anda sudah biasakan dia dengan masa tidur yang tetap, maka tidak mustahil bayi akan tahu sudah tiba masa untuknya tidur. Untuk menjayakan proses ini ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama.

3. Badan yang selesa pasti membuatkan si kecil juga selesa untuk melelapkan matanya. Pastikan anda sudah memandikan bayi, menukar lampinnya terlebih dahulu sebelum menidurkannya.

4. Susukan bayi dan aktiviti ini diakui oleh kebanyakan ibu antara yang paling berkesan untuk menidurkan si kecil. Bayi yang menyusu badan amat mudah tertidur dengan sendirinya. Seperti yg telah dikongsikan sebelum ini bahawa Susu Ibu itu Unik kerana terdapat Hormon CCK yang akan menenangkan dan menidurkan bayi.

5. Bayi suka mendengar irama lembut didodoikan ketika mata hendak terlena. Apatah lagi jika diiringi dengan tepukan lembut di bahagian bahunya dan juga di punggungnya. Bagi yg beragama Islam boleh iringi dengan doa2 serta zikir yg pastinya akan mengulit si manja anda.

6. Untuk mencipta rutin tidur bayi, sentiasa ingatkannya sudah tiba masa untuk tidur. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Adik, sudah tiba masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam’.

7. Berseronok dan bergurau dengan si manja boleh membuatkan dia letih dan sekaligus memudahkan untuknya tidur. Isi juga waktu siang si manja anda dengan aktiviti yg menarik dan mengeluarkan peluh seperti bermain di taman permainan untuk memudahkan lagi si manja lena malam hari.

8. Sesi membaca buku atau bercerita sebelum tidur misalnya boleh mengasyikkan si manja dan dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.

9. Urutan lembut dengan minyak bayi yg menenangkan setiap kali selepas mandi juga boleh membuatkan bayi anda merasa lebih tenang dan mudah untuk tidur malam.


♥♥ SeLaMat MaLaM Si Manjaku ♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails