13 Oktober 2015

resepi coklat moist yg cepat


Kredit to : Azlina Ina


bahan2 nye

5 bijik telur gred A atau B
3/4 cawan gula (cawan minum teh atau kopi 2)
Sedikit esen vanila
Mix kan sampai kembang Masukkn pula 

1 cawan susu pekat (kacau je Dgn senduk) masukkn pula
1 cawan minyak (juga kacau dgn senduk)
Ayak dulu
1 cawan serbuk koko
11/2 cawan tepung gandum
2sk baking powder
1sk soda bikarbonat
Masuk slow2 dalam bhn yg di mix td
Dan kacau rata last
Didihkan susu cair 1 cawan
Masuk slow2 dan kacau rata
Step ni siap dalam 15 mnt je
masuk dalam loyang dan kukus 40mnt hingga 50mnt
Tgk api dapur masing2 guna api sederhana ye ok siap

08 Oktober 2015

1 Tips Mendapatkan Air Susu Ibu Pekat Melimpah


kredit to : http://www.hawamdros.com/11-tips-mendapatkan-susu-pekat-melimpah/


Memperolehi susu yang pekat melimpah-ruah merupakan idaman setiap ibu. Namun masalah kekurangan susu sering-kali membuatkan si ibu rasa berputus asa dan mengambil langkah mudah dengan memberi bayi susu formula. Ibu jangan khuatir kerana terdapat banyak cara untuk memperoleh susu pekat dan melimpah-ruah. Apa yang penting adalah ibu harus terus berfikiran positif dan jangan mudah putus asa. Mari ikuti 11 Tips Mendapatkan Susu Pekat Melimpah Ruah.





11 tips air susu ibu pekat melimpah


#1. Kerapkan Menyusu


Pada siang hari susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika bayi tidur lebih daripada 4 – 5 jam bagi bayi berusia 0-3bulan.


#2. Jangan tunggu payu dara penuh.


Terdapat ibu yang suka jadikan payu dara penuh sebagai petanda bayinya perlu disusukan. Pendapat itu adalah salah, ini kerana susu akan terhasil mengikut permintaan atau demand. Semakin kerap ibu menyusukan iaitu tinggi permintaan semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Tambahan pula memberi bayi susu ketika payu dara sedang penuh adalah sangat tidak baik kerana susu dibahagian hadapan (ForeMilk) adalah kandungan laktosa dan lebih banyak air namun hanya sedikit lemak. Susu di bahagian belakang (Hindmilk) pula mempunyai tinggi lemak yang penting supaya bayi merasa kenyang dan mendapat cukup energi.


#3. Penyusu Lebih Lama


Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan si bayi menyusu sebelah bahagian hingga puas sebelum tawarkan menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini bertujuan memberi bayi susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika mommies terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, bayi hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


#4. Penyusuan Dua kali


Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


#5. Tanggalkan Pakaian Bayi Ketika menyusu


Tanggalkan pakaian bayi kecuali lampinnya. Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


#6. Penyusuan Malam


Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


#7. Penyusuan Baby Sling


Bayi sangat suka berada dekat dengan si ibu. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


#8. Fikirkan Tentang Bayidan Susu


Fikir tentang bayi dan susu ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Selain itu, sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk keluarkan lebih banyak susu.


#9. Urutan


Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu momies mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam.


#10. Banyakkan Minum Air


Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang banyak sepanjang tempoh penyusuan atau pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


#11. Pengambilan Supplement yang bersesuaian


Antara cara efektif untuk banyakkan susu ibu adalah dengan pengambilan set menyusu shaklee. Pengambilan vitamin lengkap ketika menyusu sangat penting untuk memastikan bayi mendapat khasiat secukupnya melalui susu ibu yang diminum.

Persediaan Bersalin yang perlu di bawa ke Hospital

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails