06 Julai 2011

Sedih!!!!!!

Seksa nak berpura-pura gembira,menafikan diri yang sedang bersedih tp tu je yang aku boleh wat sekarang..04/07/2011 dapat berita yang membuatkan aku bersedih hingga sekarang tp aku paksa diri supaya bergembira, aku x nak orang disekeliling aku tahu aku sedang bersedih lagi2 insan tersayang. Aku x boleh nk meluahkan rasa sedih tu kat dia, a ku tahu dia lg sedih terima berita tu. empunya badan akan lg sedih kerana dia yang menanggungnya.
Buat masa sekarang kt opis aku dengar mp3 zikir2 or nasyid untuk tenangkan fikiran. Kalau sebelum ni aku memang jarang nk on sebarang mp3 samada mase wt kerja or drive seorang diri.. tp sekarang mp3 amat diperlukan bagi memesongkan fikiran ku dari memikirkan berita sedih tu..
Ya Allah, aku tahu kau telah merancangkan sesuatu yang baik buat hamba mu. Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada kami untuk menempuh segala ujian mu itu.. Semoga ujian mu itu menjadikan kami lebih dekat dengan mu dan kau permudahkan lah segala usaha kami ini..Amin...

04 Julai 2011

WANITA DAN POKOK SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails