20 Disember 2011

10 tabiat rosakkan otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.

17 November 2011

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..
~~ Selamat Beramal Kengkawan~~

5 Petua Melahirkan Anak Soleh & Solehah

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh. Justeru itu...
(1) Perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
(2) Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”
(3) Suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
(4) Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
(5) Banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

06 Julai 2011

Sedih!!!!!!

Seksa nak berpura-pura gembira,menafikan diri yang sedang bersedih tp tu je yang aku boleh wat sekarang..04/07/2011 dapat berita yang membuatkan aku bersedih hingga sekarang tp aku paksa diri supaya bergembira, aku x nak orang disekeliling aku tahu aku sedang bersedih lagi2 insan tersayang. Aku x boleh nk meluahkan rasa sedih tu kat dia, a ku tahu dia lg sedih terima berita tu. empunya badan akan lg sedih kerana dia yang menanggungnya.
Buat masa sekarang kt opis aku dengar mp3 zikir2 or nasyid untuk tenangkan fikiran. Kalau sebelum ni aku memang jarang nk on sebarang mp3 samada mase wt kerja or drive seorang diri.. tp sekarang mp3 amat diperlukan bagi memesongkan fikiran ku dari memikirkan berita sedih tu..
Ya Allah, aku tahu kau telah merancangkan sesuatu yang baik buat hamba mu. Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada kami untuk menempuh segala ujian mu itu.. Semoga ujian mu itu menjadikan kami lebih dekat dengan mu dan kau permudahkan lah segala usaha kami ini..Amin...

04 Julai 2011

WANITA DAN POKOK SEMALU

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

30 Jun 2011

Apam Pelangi

Apam ni pn boleh tahan sedap gak..first makan terus jatuh hati..dengan lembut nya..waduh, sedap banget..lembutnya cm kek span..apam ni mak cik aku yang perkenalkan..bile balik,pe lg trus gunakan perkhidmatan en.GOOGLE untuk mencari resepinya..
Apam ni menggunakan santan,aku guna je santan kotak.. baru je kuar da kukus 3/4 loyang aku & en.Suami makan..klo da makan cam tu mmg terbukti la kelazatan nyer kan..padan la mak aku cakap "mane la badan x naik,asyik makan jer'..hahahaha

28 Jun 2011

Kursus Induksi Umum Kum. 2 Bil.3/2011 di IKWAS, Kluang, Johor.

3 - 12 Mei 2011
Da lepas sebulan baru nk update..huhu..kursus ni penting bagi penjawat awam untuk sah jawatan..lama mmg lama..dekat 2 minggu gak la kt sane..tp x pe, klo p under INTAN ni boleh bersenang-lenang skit klo nk dibandingkan kursus under PDRM..
Dari IPD Subang Jaya de 4 org yang dpt p kursus induksi kali ni..diri ku ini, aza, mia & k.ida..masing2 bawak 3-4 beg,x cukup bonet sampaikan aku kene dok bersila kt sit belakang tu...ye la bekalan utk 2 minggu tu..
Sampai2, kami terus check-in..bilik nyer bole tahan la ala-ala hotel gitu..de air-cond,bilik air pn ok, de water heater,iron & iron board pn disediakan..cm terase p holiday lak..heee
Mmg best la kt cni siap de bilik dobi lagi..bole la curi2 mase nk basuh baju,balik nti x la byk sgt baju kotor kan..
kawasan kt cni mmg best,byk pokok buah-buahan..ni klo musim buah compom aku bawak tikar picnic kt bawah pokok2 buah ni.
Makanan mmg superbbb la..igt kt cni leh la aku diet skit,rupe nyer lubuk makanan...trus naik lg berat bdn ...makanan kt bwh ni utk sorg mkn tau bkn utk 2-3 org ..
.
kt bawah ni gambar sekitar kursus berlangsung..x byk amik gambar pn..
Sukaneka utk suka-suka..
hujan turun dgn lebat nya mase kami balik tu..

09 Jun 2011

Kek Alunan Kasih

Ni gara-gara tgk gambar2 kt fb la ni..teringin nk wat..bile hujung minggu menjelma & tahap keboringan x dapat dibendung,aku mule la mencari2 resepi utk main masak2..hahaha..ni la hasil nya..
ni pn da berkira-kire nk wt agar-agar tembikai..mane la badan x naik..asyik nk masak n makan jer..hahahaha

19 Februari 2011

Bisnes pertama ku...Lolichoc & Apam Polka Dot..

Lolichoc
Tq to k.ina (kg Dato' Abu Bakar Baginda) yang sudi menempah Lolichoc (50 btg) sempena besday anak nya...
Apam Polka Dot
Kali ni de order dr Yusof IPD Subang Jaya yg telah meng'order' apam polka dot utk isteri nyer yg sedang pregnant anak ke-2..Isteri yusof telah dgn tidak sengaja terpandang gambar apam yg aku buat dlu kt wall FB.sejak tu die mengidam nk mkn apam aku ni.jd aku telah menyiapkan sepeti yang telah di'order'..aku wt yg saiz mini & saiz muffin..YUsof kate isteri nye suke sgt & nk order lg pd mse akn dtg..Alhamdulillah,rezekiii...tp mungkin lps isteri die abis pantang la kot krn isteri nyer tgh tggu mse nk bersalin jer skang ni..
Kepada kawan-kawanku yang nk tempah, kne britau seminggu awl la yer..tq..heee

16 Februari 2011

Kali ni Cream Puff & Apam Polka Dot lak...

Ni la rupe cream puff yg da siap..walau pun rupe mu tidak la secantik n se'cute' tuan mu (cewah,perasan abis...hahaha) tp rase mu sehingga menjilat jari...mse 1st gase cream puff ni,wallah...telah ku tanamkn niat dihati..suatu hari nti akan ku cari resepi nyer supaye dpt la aku mkn puas2..hahaha al-maklum la,aku ni klo mkn makanan yg sedap x cukup klo sekadar merasa.mst nk mkn sampai puas..lantas ku cari resepi nyer..dan ter jadi la cream puff 'Cik Puan Ain'... Operasi Apam Polka Dot...
Korang nk tahu nape apam ni dinamakan 'Polka Dot' ..mst la sebab apam ni ade dot-dot..klo adik aku lak ckp cm rupe cendawan yg dalam cartoon tu,cm telur dinasour pn de kan..tp pd aku nk panggil pe pn panggil lah asal kan sedap..yg ni pen aku terpengaruh dgn resepi2 kt dalam 'FB' tu gak..da ramai kate sedap ,aku pn pe lg beli bahan2 & mula kan operasi...
Apam polka dot ni aku ltk kan inti coklat..wahhhh...sedap tul...
Inilah rupa nya Apam Polka dot yg da siap....

Hasil kerja tangan kuuu....

Aku mmg minat sgt nk wt kek.Pantang tgk resepi tu cm sedap jer,mst nk cube..dulu sebelum kawin aku cume de pengukus jer.kek yg pertama skali aku wt adalah kek coklat kukus tp hampeh byk kali gak la mencube tp kebanyakan nyer mst x jd.kek nyer x nk naik.keras lak tu,nk mkn pn jd x berselara,last2 tong sampah la tmpt nya..sejak tu da mls nk wt.. Masa kawin ari tu lak kwn2 aku kt MOY bg aku Oven...cm thu2 jer aku mmg teringin nk beli oven kan..da save duit aku..heee Bile de Oven baru ni jd bersemangat nk wt kek semula.. ni la kek yg boleh dikire menjadi..tu pn aku wt dgn akak-akak ipar aku..
Lps wt kek ni berkobar-kobar nk wt kek lain lak..tergugat dgn gambar yg di post kan oleh rakan-rakan di (FB) kali ni aku wt kek karamel lak..sedap gak kek ni..kejap je habis di makan oleh en.suami..
sempena besday aku & 1st anniversary ..kali ni wt kek coklat+kek strawbery (fresh cream) lak..saje nk tgk aku kretif x bermain dgn cream..ternyata tidak la mendukacitekan walau x berapa lawa..hahahahaa...al-maklum lah baru fist time wat...
Payah tul nk bg kek ni licin,da la kt umah aku ni x de air-cond.cream ni lak cpt jer nk cair..kejap2 kena msk dlm peti ais..lengkali aku nk try wt butter cream lak..kite tgk makin kreatif x aku ni..heeee...lps ni sesape nk order boleh la...hahahaha...berangan lak..tp klo de pe slh nyer kan..heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails