24 November 2010

Aquaria KLCC - Sungei Wang - Murni Discovery

13 Nov 2010 - Setelah membodek ma untuk join rombongan tadika ke aquaria (dapat harga murah skit..heee) ,pg2 lg kami da bersiap untuk menuju ke destinasi...nk bawak kete, tkt parking ssh.bwk moto kang,tkt ujan..kami decide naik kenderaa awam jer tp leceh skit la klo nk ke KLCC tu..dr rumah kami naik moto ke Stesen komuter - naik Komuter smp KL Sentral-naik LRT Putra smp KLCC..Rombongan tadika dr muar da smp,kami yg x smp2 lg..jom layan Pic kt Aquaria KLCC....
.......Ikan Pirana................Tikus Air.................... Tarantula
Ikan Comel
---
Ikan Pelik
--
Under Water
- -
Da selesai menziarah ikan2 (lps Aquaria ni diorang ke wet world Pedas- kami ke destinasi lain)
--
Destinasi kami seterusnya ke Sungei Wang..mencari aksesori teropong En.Suami.. dari KLCC kami naik LRT Putra - Stesen LRT Putra Dang Wangi -Stesen Monorail Bukit Nanas-Stesen Monorail Bukit Bintang
--
Lepas da jmp brg En.suami,bole la balik..naik monorail Bukit Bintang- KL Sentral-Komuter Subang Jaya..sebelum balik umah kite singgah dlu di Murni Discovery..En.suami nk meng'test' brg yg dibeli..x sabar la tu..
---
Akhirnya setelah kembali kerumah,mmg penat sgt.mane x nye,kuar pg2 dekat magrib baru balik..heee walau pn penat tp berBALOI-BALOI!!! Happy.... Jalan2/Holiday seterus nyer..TUNGGUUUU!!!!!

Si Hitam & Si Pinky

Setelah menanti sekian lame dan berkat kesabaran akhir nyer berjaya gak daku & Cik Abg mendapatkan nyer...si Hitam & si Pinky..
Si Hitam & Si Pinky

04 November 2010

Apa Fungsi Bahan Penaik

Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat.
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.
Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.
Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. credit dr http://resipinoraini.blogspot.com

02 November 2010

pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj...

Sekadar ingat mengingati.. ...

Sebelum Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad'

Alloohushshomad'

lam yalid walam yuulad'

walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails