05 Julai 2010
Juadah berbuka puasa ku..
Sewaktu Ramadhan kian menjelma, aku membiasa kan perut ku utk berpuasa supaya bila ramadhan nti x la perut ni terkejut..
Penuh pancaroba gak sbb ramai lak yg hisab rokok dlm opis dgn bau minyak tanah lg..mmg pening pale tp aku ttp gak bertahan..
tepat kul 5 ptg je, pe lg aku terus la cabut balik rumah walau pn jarak rumah ku dgn tmpt kerja hanya sekangkang kera..ye la, nk msk lg pn..tp klo x puasa pn aku ttp balik kul 5, nk sediakan mkn mlm..kesian suami ku nti balik kelaparan..(patut la die makin tembam..heee)
Hari ni aku wt donut..lame x wt..dlu slalu wt tp oleh krn bdn ku cpt naik jd terpakse la stop dr membuat & memakan nyer..
Donut ku naik dgn jaya nyer (bak kate hubby ku'same la dgn org buat nyer)..smp kan hubby ku mkn 5 biji walaupun belum di sira dgn gula or sambal.
Inilah rupa nyer selepas disira..aku x suke disira dgn gula,jd aku sira lah dgn sambal..sedap tul smp kan lauk ku 'Udang paprik' lansung x pandang..
byk tul aku mkn..seperti thn lepas, juadah sahur & berbuka mmg aku masak sendiri.Jd tiada masalah bg ku bile da kawin ni..Save sikit kan..
02 Julai 2010
Menjadi Bidadari Dambaan Suami ...
Menjadi Bidadari yang didambakan dan menjadi bidadari bagi suaminya di dunia dan akhirat, adalah merupakan cita-cita tertinggi seorang muslimah sebagai isteri.
Mengapa tidak cukup menjadi bidadari di dunia saja? Allah sudah menjanjikan bidadari-bidadari di syurga bagi para suami (muslimin) yang soleh?! Justeru itulah yang seharusnya menjadi landasan dan motivasi bagi kaum isteri. Tidak cemburukah para isteri jika peranannya digantikan oleh wanita-wanita lain yang kebetulan seorang bidadari? Oleh itu, adalah sebuah dambaan bagi seorang isteri untuk menjadi ratu bidadari bagi suaminya kelak di syurga. Kerana isteri atau wanita pendamping suami ketika hidup di dunia lebih tinggi darjatnya dibandingkan dengan bidadari-bidadari syurga, karena ibadahnya kepada Allah. Wanita dunia menjalankan solat, shaum, dan semua amal ibadah lainnya, sedang bidadari syurga tidak.
Al-Qur’an mahupun Hadits Rasulullah SAW banyak menyebutkan tentang sosok bidadari syurga. Teramat banyak ilustrasi indah yang dinyatakan untuk menggambarkan bidadari syurga. Isteri-isteri yang disediakan oleh Allah tersebut adalah wanita abadi dan suci, cantik jelita lg lembut gemulai. tiap kali berkumpul bersama mereka tidak ada kata bosan dan jenuh. Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi. Bidadari yang sempurna, indah perangai, indah segala. Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Ketika sang mukmin masuk syurga bidadari akan menyambutnya dengan pelukan hangat dan erat dengan jari dan telapak tangan yang lembut dan indah. Mereka selalu bernyanyi riang gembira, tiada sedih tiada duka, mereka menyanyikan kidung-kidung, tasbih, tahmid, serta pujian kepada Allah. Jika bidadari syurga ke bumi niscaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi. Subhanallaah..
Adalah tugas besar dan berat bagi seorang isteri untuk menjadi bidadari di antara bidadari lain bagi suaminya. Kerana hanya seorang isteri yang solehahlah yang kelak dapat menjadi ratunya bidadari syurga. Dengan kata lain, seorang istri haruslah masuk syurga, sehingga dpt mendampingi suaminya.
Langgan:
Catatan (Atom)