22 Disember 2010

Bukit Tinggi..Cantikkkk...

6-7hbDisember 2010 - kami di bukit tinggi lak...tempat n bangunan nyer mmg cantik...trn dr cameron highland, kami patah balik ke Kl utk p Bukit tinggi melalui highway karak.. Sampai ke Bukit Tinggi pn da ptg dlm kul 5.30..kami menginap di Nora Lodge..best gak dok cni, tmpt nyer mmg superbbb..cme jln nk msk sni mencabar skit..al-maklum lah di lereng bukit.. mase ni tgh tggu mase nk bace doa akhir & awal tahun..walau pn kite p jln2, perkara mcm ni kne gak igt.. Pemandangan di sekitar nora lodge..mlm & pagi berkabus..dr tepi lereng tu leh nampak highway karak..kt cni mcm pokok de..pokok buahan & bunga..yg paling menarik perhatian kt cne adalah buah 'Markisa'.buah ni byk ditanam di Indonesia..dpt gak la merasa buah ni..
7hb Disember baru lah kami Check-out & bersiar2 di Colmar Tropical..
wah, de swan la..igt leh jmp kt oversea jer..rupa-rupanye kt cni pn de..
pas tu p lak Japanese Village..Kalau korg dtg cni baik korg p dulu Colmar Tropical.Pastu naik shutter bus yang disediakan sbb bus ni da termasuk dlm bayaran tiket masuk tu..jalan nk p japanese ni pn mencabar,bak kate En.Suami 'baik naik shutter dr naik kereta kite.wt jahanam kete je nk naik bukit tinggi ni..'
kt cni korang boleh la sewa Kimono dgn harga RM20 (x smp 1/2 jam) oleh kerana mase kawin x dpt nk pakai baju ni, jd aku pn ambil peluang la nk merase..En.Suami la yg jd magse,jd Photographer...huhuh

Keindahan Cameron Highland....

Oleh kerana 7hb desember cuti awal muharam, kitorg pn ape lg ambil peluang la p bercuti dr 4-7hb disember..leh sambut anniversary yg pertama skali..05/12/2010 is our 1st anniversary... 4hb Disember...Bergerak ke Cameron Highland dr Subang Jaya jam 0800 am..Msk Tol USJ, dlm kul 10.30 keluar di Tol Simpang Pulai..Melalui jln ni x la pening pale mcm kt Tapah tu..Smp kt Brinchang dlm kul 12.00 pm..kami trus Check-in kt Hotel Wira Awan.. Suke tul En.Suami bile da smp..nk tido puas2 kate nyer setelah kepenatan drive seorang diri dr USJ smp ke Brinchang ni.. dlm kul 4.30pm kitorg siap2 lak nk p Big Strawberry..nk mkn ice cream & wafer yg sedap kt cne..mmg sdp hingga menjilat jari..
memborong teh2 & rase madu lak..igt kn tester rupe nyer kne byr..huhu RM2.00
Lagi gambar2 di Cameron Highland hingga 6hb Disember 2010
6hb Disember 2010 bergerak ke Destenasi lain lak....Jommmmm...

02 Disember 2010

Belajar bahasa bayi melalui Dunstan Baby Language

Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayiSistem ini meliputi 5 jenis “bunyi” rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.
“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.
Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai - THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.
Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir "berkomunikasi"). Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Dapatkan DVD untuk membantu mendengar contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali!
Bunyi 1: Lapar
Terhasil dari “sucking” refleks Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.
Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!
Bunyi 2:
Mengantuk
Terhasil dari refleks menguap (yawning) Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.
Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?
Bunyi 3: Ingin Sendawa
Terhasil dari pengecutan otot dada Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata
Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.
Bunyi 4:
Kembung Perut
Terhasil akibat tekanan abdomen perut Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan
Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.
Bunyi 5:
Tak Selesa
Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif. Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.
Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.
Tip menguasai Dunstan Words dengan cepat:
a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.
b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage) Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.
c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".
d) Tukar Posisi Bayi Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.
e) Berlatih Mendengar Berulang Kali Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.
www.dunstanbaby.com

24 November 2010

Aquaria KLCC - Sungei Wang - Murni Discovery

13 Nov 2010 - Setelah membodek ma untuk join rombongan tadika ke aquaria (dapat harga murah skit..heee) ,pg2 lg kami da bersiap untuk menuju ke destinasi...nk bawak kete, tkt parking ssh.bwk moto kang,tkt ujan..kami decide naik kenderaa awam jer tp leceh skit la klo nk ke KLCC tu..dr rumah kami naik moto ke Stesen komuter - naik Komuter smp KL Sentral-naik LRT Putra smp KLCC..Rombongan tadika dr muar da smp,kami yg x smp2 lg..jom layan Pic kt Aquaria KLCC....
.......Ikan Pirana................Tikus Air.................... Tarantula
Ikan Comel
---
Ikan Pelik
--
Under Water
- -
Da selesai menziarah ikan2 (lps Aquaria ni diorang ke wet world Pedas- kami ke destinasi lain)
--
Destinasi kami seterusnya ke Sungei Wang..mencari aksesori teropong En.Suami.. dari KLCC kami naik LRT Putra - Stesen LRT Putra Dang Wangi -Stesen Monorail Bukit Nanas-Stesen Monorail Bukit Bintang
--
Lepas da jmp brg En.suami,bole la balik..naik monorail Bukit Bintang- KL Sentral-Komuter Subang Jaya..sebelum balik umah kite singgah dlu di Murni Discovery..En.suami nk meng'test' brg yg dibeli..x sabar la tu..
---
Akhirnya setelah kembali kerumah,mmg penat sgt.mane x nye,kuar pg2 dekat magrib baru balik..heee walau pn penat tp berBALOI-BALOI!!! Happy.... Jalan2/Holiday seterus nyer..TUNGGUUUU!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails